Wednesday, July 8, 2009

السلام عليكم

Nabi Muhammad itu Rasulullah; dan orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang kafir, dan sebaliknya berkasih sayang sesama sendiri. Engkau melihat mereka rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda keimanan mereka terdapat pada muka mereka dari kesan sujud. Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula seperti pokok tanaman yang mengeluarkan tunasnya, lalu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat lalu ia tegap berdiri di atas batangnya dengan keadaan yang mengagumkan orang yang menanamnya, kerana Ia hendak jadikan orang kafir merana dengan perasaan marah. Dan Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
Al Fath 29

No comments: